Thursday, May 15, 2008

LATAR BELAKANG SERI BOUTIQUE

Seri Boutique mula ditubuhkan pada 20 Jun 2001. ia beroperasi di No 42, Jalan 36 A, Taman Bukit Perdana 83000 Batu Pahat. Butik ini ditubuhkan secara perkongsian oleh Cik Juliana binti Abdullah, Cik Nor Aziane binti Shahri, Cik Nor Shuhada binti Othman dan Cik Azlina binti Ahmad. Seri Boutique juga mempunyai cawangan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Seri Boutique merupakan butik yang menyediakan pakaian wanita. Semua rekaan dan fesyen adalah eksklusif dan terkini. Seri Boutique menyediakan pakaian yang berharga antara RM 100 hingga RM 5 000. Pakaian butik ini sesuai untuk majlis-majlis rasmi seperti makan malam. Butik ini juga ada menawarkan pakaian dengan harga yang sederhana.

Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah perkhidmatan menyewa pakaian dan penajaan pakaian untuk majlis-majlis tertentu. Jika pelanggan yang datang dari arah Bandar Batu Pahat hanya memakan masa selama 30 minit sahaja manakala pelanggan dari arah Kluang dan Ayer Hitam mengambil masa lebih kurang 1 jam .

Untuk maklumat lanjut pelanggan boleh menghubungi kami di :
Tel(hp) : 013– 7972211(jue)
Tel : 07-9998546
Fax :07-9998547
Email : seriboutique@yahoo.com
Laman Web : www.seriboutique.com.my

No comments: