Thursday, May 15, 2008

LATAR BELAKANG SERI BOUTIQUE

Seri Boutique mula ditubuhkan pada 20 Jun 2001. ia beroperasi di No 42, Jalan 36 A, Taman Bukit Perdana 83000 Batu Pahat. Butik ini ditubuhkan secara perkongsian oleh Cik Juliana binti Abdullah, Cik Nor Aziane binti Shahri, Cik Nor Shuhada binti Othman dan Cik Azlina binti Ahmad. Seri Boutique juga mempunyai cawangan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Seri Boutique merupakan butik yang menyediakan pakaian wanita. Semua rekaan dan fesyen adalah eksklusif dan terkini. Seri Boutique menyediakan pakaian yang berharga antara RM 100 hingga RM 5 000. Pakaian butik ini sesuai untuk majlis-majlis rasmi seperti makan malam. Butik ini juga ada menawarkan pakaian dengan harga yang sederhana.

Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah perkhidmatan menyewa pakaian dan penajaan pakaian untuk majlis-majlis tertentu. Jika pelanggan yang datang dari arah Bandar Batu Pahat hanya memakan masa selama 30 minit sahaja manakala pelanggan dari arah Kluang dan Ayer Hitam mengambil masa lebih kurang 1 jam .

Untuk maklumat lanjut pelanggan boleh menghubungi kami di :
Tel(hp) : 013– 7972211(jue)
Tel : 07-9998546
Fax :07-9998547
Email : seriboutique@yahoo.com
Laman Web : www.seriboutique.com.my

MISI, VISI DAN OBJEKTIF

Visi dan Misi

- memberi pilihan pakaian yang berkualiti dan moden khusus untuk wanita
- menjadi butik bertaraf antarabangsa dan terbesar di Malaysia
- memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik buat pelanggan kami
- memperkenalkan rekaan-rekaan ciptaan sendiri ke pasaran dalam dan luar negara.

Objektif

- menyediakan pakaian-pakaian yang moden dan terkini
- mendapatkan keuntungan yang maksima
- memberikan kepuasan dalam berpakaian dalam diri pelanggan
- mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan
RANCANGAN PENTADBIRAN DAN PEMASARAN

- pihak kami mempunyai laman web untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan atau belian iaitu di http://www.seriboutique.com.my/
- pelanggan juga boleh memberi cadangan atau komen di seriboutique@yahoo.com. Dengan adanya kemudahan ini Seri Boutique boleh memperbaiki strategi perniagaan.
- Kami telah dan akan membuat promosi dari semasa ke semasa untuk memastikan pelanggan setia dengan butik kami.
- membuka lebih banyak cawangan. Rancangan terdekat pihak kami adalah membuka cawangan di Perlis, Melaka dan Pahang.
- butik kami terlibat dengan pertandingan reka fesyen. Secara tidak langsung ia dapat memperkenalkan rekaan Seri Boutique kepada orang ramai.
- Menganjur pertandingan-pertandingan fesyen untuk orang awam menonjolkan bakat disamping mengutip dana bagi rumah anak-anak yatim.